Rabu, Mei 06, 2009

Fun Drive Ke Port Dickson

Mengisi hari-hari cuti dengan aktiviti yang berfaedah memang menyeronokkan. Keseronokan ini akan lebih terasa jika ianya dilakukan secara berkumpulan.

Pada 1 Mei 2009, bersempena dengan cuti Hari Buruh, aku dengan rakan-rakan sekerja merancang untuk mengadakan 'fun drive' ke Port Dickson. Idea ini ditimbulkan oleh Harulrizam sewaktu kami tercari-cari apakah aktiviti yang boleh dibuat semasa cuti nanti. Aku cuba bertanyakan apa yang dimaksudkan dengan 'fun drive' lantas Harulrizam menyatakan bersiar-siar dan makan sendiri-sendiri. Aku faham le tu...

Seawal jam 10.00 pagi, kami berkumpul di Petronas Cheng. Pukul 10.40 pagi, apabila semua dah sampai, kami mula bertolak. Sejumlah 9 buah kenderaan berkonvoi untuk ke sana. Aku membawa anak-anak (isteri tidak mengikuti), Harulrizam & awek, Rahman
dan isteri, Mahadir dan isteri, Mawardi, Noraini, Hasliza, Afiz dan Ustaz Azman & awek. Kami berhenti di sebuah gerai makan di Sungai Tuang, Masjid Tanah untuk menunggu Ustaz Azman.

Pukul 11.00 pagi, apabila semua dah berkumpul, kami memulakan konvoi ke Port Dickson. Dari Pangkalan Balak, kami melalui Kuala Sungai Baru, Kuala Linggi, Pasir Panjang dan sampai di Batu 8, Teluk Kemang.

Wah, padatnya. Ramai yang bercuti di sini. Kami mencari-cari tempat untuk berkelah tetapi semuanya penuh. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berkelah di Batu 4, belakang Pusat Latihan NUBE. Di sini pun ramai orang.

Sebaik sampai, masing-masing mengambil peranan. Ada yang menyalakan api dan memasukkan ranting kayu untuk memasak barbecue. Ada yang memasang khemah. Ada yang memotong buah-buahan dan berbagai lagi. Selepas itu, masing-masing merendamkan diri ke dalam air. Waktu ini air surut dan sambil merendamkan badan, kami berbual-bual.

Kira-kira jam 6.30 petang, masing-masing bersiap-siap untuk pulang. Walaupun penat, tapi 'fun drive' ini menyeronokkan.

[Maaf, tak sempat nak masukkan caption dan susunan foto ini tidak mengikut kronologi masa]











Jumaat, April 24, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Aku berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 pada hari Selasa, 22 April 2009. Pesta Buku Antarabangsa kali ke-28 ini diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dari 17 hingga 26 April 2009. Pelbagai aktiviti diadakan seperti forum, persembahan kanak-kanak dan nyanyian selain jualan buku di gerai-gerai buku. Anda boleh melayari web Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di http://klbookfair.com/
























Poster dan bunting tentang Pesta Buku Antarabangsa 2009


Sebahagian gerai jualan buku untuk buku-buku ilmiah.


Gerai Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)


Gerai Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)


Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah juga antara kenamaan yang turut hadir ke Pesta Buku.


Persembahan daripada Ustaz Azhan Atan, Juara Akademi Nasyid TV9 2008.


Juga persembahan kanak-kanak.


Pelbagai bentuk promosi dijalankan bagi menarik perhatian pengunjung.


Wiley merupakan salah sebuah syarikat penerbit buku ilmiah.


Pengunjung di gerai Penerbit UTeM


Oxford University Press juga merupakan penerbit buku luar negara.


Pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah.


Tawar-menawar juga boleh dilakukan bagi mendapatkan harga menarik.


Pengunjung mengambil masa membelek-belek novel sebelum membeli.


Salah satu forum diadakan tentang membaca.

Isnin, April 06, 2009

Hari Keluarga PERPUSTAM

Sabtu, 4 April 2009. Selepas tamat Pertandingan Kaligrafi Cina di MITC, aku sempat bawa Arif dengan Ifa menghadiri Hari Keluarga PERPUSTAM yang diadakan di Taman Rekreasi Air Panas Jasin dekat Bemban. Aku pernah dengar nama tempat rekreasi ni tapi tidak pernah berkunjung ke sana. Dulunya di bawah Majlis Perbandaran Jasin tapi sudah dikomersialkan. Tempatnya memang menarik dan bayaran masuk juga berpatutan. Kalau nak tahu lebih lanjut, layari web ini Taman Rekreasi Air Panas


Pintu masuk ke Taman Rekreasi Air Panas, Bemban.


Papan petunjuk arah membantu pengunjung mengetahui lokasi di dalam TRAP.


Ifa menerima hadiah daripada Pengerusi Kelab KSKP.


Datuk Hj. Abd. Wahab, Pengerusi PERPUSTAM menyampaikan ucapan perasmian Hari Keluarga.


Acara baling belon berisi air untuk pasangan suami isteri.


Acara kerusi berirama untuk kanak-kanak. Ifa di sebelah kanan.


Sambut jangan tak sambut


Balingan ini dinamakan balingan manja...


Sambut jangan tak sambut...


Arif, Ifa dan Miza posing...


Ifa malu-malu pulak...


Steadylah Miza...


Alim bergambar dengan Fatihah...


Macam tak caya lak kolam ni dah wujud sejak tahun 1884.


Sedap berendam air panas kan? Suam-suam kuku...


Papan gelongsor untuk kanak-kanak. Bebaik licin...


Kolam air panas untuk berendam.


Papan tanda menunjukkan kawasan tertentu dengan suhu air panasnya.


Lanskap menarik. Parit yang memisahkan di antara kawasan air panas dengan kawasan rekreasi kanak-kanak.

Pertandingan Kaligrafi Cina

Hari Sabtu, 4 April 2009. Hari ini Nur Arifah menyertai pertandingan kaligrafi cina sempena Karnival Pendidikan Melaka 2009 di MITC, Ayer Keroh. Pertandingan yang bermula jam 9.00 pagi berakhir pada jam 10.30 pagi. Lebih kurang 30 orang menyertai pertandingan ini yang terbahagi kepada kategori Cina dan bukan Cina. Walaupun tidak memenangi apa-apa hadiah, ianya baik untuk pengalaman di samping mendapat sijil penyertaan.


Sebahagian pengunjung karnival.


Pentas tempat berlangsungnya persembahan di karnival.


Pendaftaran pertandingan kaligrafi Cina.


Arifah berusaha membuat yang terbaik.


Boleh tahan jugak menulis kaligrafi ni, macam khat gak...


Tekun nampak...


Sebahagian daripada peserta kaligrafi Cina.


Sebahagian hasil kerja pelajar berbentuk rekacipta robotik dipersembahkan kepada pengunjung.


Sebahagian hasil tangan peserta pertandingan kaligrafi dipamerkan untuk dinilai.


Mencuba aktiviti sains di karnival sambil diperhatikan oleh kakak-kakak PLKN.